selamat tinggal dunia

Pagi petang
Siang malam
Lintang pukang
Pasir jerlus
Litar pintas
Jerangkap samar
Selamat tinggal dunia
Semangatku takkan luntur
Marilah pulang kepangkuan
Tarik picu
Senapang patah
Payung terjun
Selamat tinggal dunia
Semangatku takkan luntur
Pulanglah pulang kepangkuan
Puteh tulang jangan puteh mata
Selamat tinggal dunia

Read more...

pe yang berlaku hari ni??

ape yang berlaku???ermmm..mesti korg nk taw kn?sebenarnya xde mnde pun cm hri ni mcm hri2 yg biasa ja..pg klas blik klas..igt kn de la quiz hri ni last2 xde lecturer lupa bwk lak..nsib bek gak.npk nya sok la quiz 2..solan lak sal GREEN THEOREM..mnde 2??nk taw kna la stadi..haha2.

Read more...

rama-rama dan wanita

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Read more...

aku dan kamu

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian
Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.
Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar
Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.
Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.
Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?
Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.
Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah
kau tidak percaye?
Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.
Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!
Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya
dengan 6x10'23.
Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.
Biarkan aku sendirian... ... ..

Read more...



ni pic aku kt UMP.seronok la belajar kt sni..tmpt cute sgt..kecik je..nk g klas sng bro..2 semua dak2 klas aku la..spe pling ensem??heheh2

Read more...

antara orang yg mendapat doa malaikat

Bismillahirrahmanirram......wahai saudara2ku sekalian,takutilah Allah,takutilah Allah,takutilah Allah........Nabi S.A.W. brsabda takutilah Allah dlm perkara s0lat..hadis pndek dan sgkat ini menerangkan bahawa Nabi SAW menekankan kite agar brtaqwa kpd Allah..dlm pada itu Nabi SAW juga amat minitikberatkan bab s0lat..ini kerana s0lat merupakan prkara prtama yg ditrunkan oleh Allah dan prkara prtama yg akan dihisab..ssgghnya,jika smpurna solat kamu maka smpurna segala amalan2 yg laen..jika xsempurna solat kamu maka xsmpurnalah segala amalan yg laen..oleh tu marilah sm2 kte menitikberatkan solat kite,jgn la sesekali kte mninggalkan solat kte krn Nabi SAW brsabda brgsiapa yg mninggalkn 1waktu solat,maka die akn dimasukkan didlm syurga slama 1hukub..1 hukub brsmaan 80taun,staun brsamaan 360,dan shari d akhirat brsmaan sribu tahun dunia......marilah kte ambil teladan dr ksh saat2 hmpir kewafatan Nabi SAW dimana bginda yg dlm keadaan lemah tlh brkate ummati3x,solatx,wamaa malakat aimanukun yg brmaksd umatku3x,solat3x,dan jgalah yg lemah diantara kamu.......disaat kewafatan baginda SAW,puterinya fatimah r.ha mmegang mata ayhnye lalu brkate,mate inilah tdk prnah tdur nyenyak krn dkwh dan memikrirkan umatnya,fatimah r.ha pula mmegang perut ayhnye lalu brkate perut inilah xprnah kenyang krn dkwah dan mmkirkan umatnye,fatimah r.ha pula mmegang kaki jasad ayhnye itu lalu brkata kak inilah tdk ckp berehat drpd brjln utk dkwah dan memirkan umatnye.........lalu brcucuranlah airmata fatimah r.ha dan para sahabat....wahai rakan2 sekalian,beginilah pengorbanan seorang Nabi trhadap umatnye,yg bgitu kasih pd umatnye..oleh itu sm2 la kte ambk iktibar dr sdkt ksh diatas..sm2lah kte mjalankan kwjpan kte sbg umat islam..PELIHARALAH SOLAH DAN JAGALAH SOLAH..sabda Nabi SAW..laa yukminu ahadukun hatta yuhibbu li akhihi maa yuhibba linafsih..yg brmaksd tidak smpurna iman ssorg itu selagi die tdk mngasihi saudaranya spertimana die mngasihi dirinya sndri...Wallahua'lam,sekian dr sy assalamualaikum w.b.t.

Read more...

pening kepala den!!

ni aku nk cter la sal sorg pmpn yg aq knl la gak....aduh!!mmg panas la aku gan pmpn ni.klu korg laki korg phm la prsaan aku cmner..skg ni tba2 je xbek gan aku..wat xknl lak 2.sem lepas ok je..bek je gan aku tp skg ni..ermmmm ntah la..alasan nk fokus..ok!trm alasan 2.ermm..pnat lor aku pk sal lyan aku cm sial.benggong aku d buat nya.tba2 ja cm xmo kwn gan aku.dah la jmpa wat cm xprnh knl ja.spe xmrh.aku nk tgo pun dia xlyan gak.kurang asam tol.ntah la.aku pun dah pnat pk..4 thunn beb kn tatap muka dia.klu aku xjmpa xde msalah.rsa cm nk tkar U ja.hu2.rsa2 skali cm dop mtrik lak..dlu msa mtrik pun aku dah jmpa pmpn cmni...first2 knl ok je..bek gan aku tp tba2 xsmpai 2 bln aq knl dah wat prangai..mula wat xknl aku..last2 aq taw dah de bf len upanya,, ptt la wat xknl aku ja..mmg panas gler aku!!!ntah2 pmpn yg ni cm 2 gak kot??ada laki len?sbb 2 xlyan aku dah..ermm???kmgkinan 2 maybe ade....xpelah aku mtk2 la pni klu aku jmpa dia aku xrsa apa2 lagi..xde nk mrh2 ag...mlas aku nk pk.gpun aku kongsi gan korg semua gak hrp2 xde msalah ag la sbb aku dah pndam lama sgt lor...1 ag jgn la tye pmpn mne k..

Read more...

sapo jahat???

Korang perasan tak?, hidup kita ni dikelilingi oleh ramai org jahat…
Cuba bukak surat khabar, berita TV, radio, ineternet bla bla bla , apa cerita.?
Maka korang akan dapat berita2 seperti:
-Org jahat bunuh org baik
-Org jahat bunuh org jahat
-Lelaki jahat rogol wanita baik
-Wanita jahat di rogol lelaki jahat
-Sungguh jahat mereka itu..
-Serta seribu sebelas ratus lagi jahat…
Maka dah jadi tugas polislah nak kena tangkap semua penjahat…tapi siapa nak bagitahu korang, bahawa di antara manusia2 sekeliling korang tu yg mana jahat yg mana tidak jahat…?
Biasa dengar ungkapan cam gini..
-Saya tak tahu rupa2nya suami saya seorang yg jahat..oh..
-Dia nampak alim..dia suruh saya kirim barang, tak sangka rupanya dia jahat…oh..
-Rupanya saya mendukung biawak hidup. Boy friend saya adalah perogol bersiri..sungguh jahat..isk..isk..
-Saya macam melepaskan anjing tersepit..penat2 saya bela dia..bila besar di rogolnya saya..jahat sungguh budak itu.
-Hantu tu jahat rupa-rupanya…
-Jahat sungguh kucing itu, di curinya ikan goreng saya!!!
-Org yg berserban itu sungguh jahat,
-pakwe saya jahat yg amat, baru pertama kali jumpa ngan dia, di rogolnya saya secara bergilir-gilir..oh..tuhan saje yg dapat membalas kejahatan mereka..
-Kenapa org jahat tu tak mati2?
-awak ni..jahat lah..hik..hik…hik..
DAH-DAH.. cukup!!! ..nampaknya ramai sangat org jahat…ni nak kena besarkan lagi penjara nie..
Apa-apapun aku selaku pemerintah kepada anggota2 badanku..campur dengan pengalaman berkawan ngan org jahat yg terdiri dari ahli keluarga (oh..) hinggalah kepada member 2 sekepala…nak bagi tips, macamana nak kenal org tu jahat atau tidak.tak payahlah aku ceritakan tentang org bunuh org, rogol org, me-mayatkan org, bla bla bla..ini adalah ciri2 jahat yg ada dalam diri kita sendiri yg sesetengah org anggap normal, tapi sebenarnya sifat2 ini adalah pewaris kejahatan.. .oh..
Ni nak kata hadith pun tak kena, nak kata bukan hadith pun tak kena, apa2pun dari sekelumit pengalaman diri(wah..wah..skemanya bahasa)..ada kawan aku la ni duduk penjara, di hospital kena belasah, di bunuh..dan macam2 lagilah..maklumlah pakcik ni dah tua..dah lewat 20 an..harijadi tak lama lagi..bulan lapan ni ‘ganjil’lah umur pakcik kepada 29 tahun..org baik kenalah bagi hadiah..heh heh heh…(ketawa org jahat)…
Ciri ciri Orang jahat:
jahat satu:
Komplen makanan.
“Eh..siapa yg buat mee bandung rasa macam air panas bergaram sajer nih?!!!”
Kalau tak silap aku saidina Abu bakar RA. cakap.(kalau tak silap!!):
"Cukuplah seorang yg komplen makanan yg dihidangkan untuknya adalah seorang yg jahat.."
Hmmmmm… tu yg agaknya cerita2 P ramlee dulu2, bapak mertua kalau bakal menantu datang rumah disuruhnya anak perempuan bubuh garam dalam air kopi..nak tengok, bakal menantu aku ni komplen ke tidak..kalau komplen..memang sah org jahat..tak boleh buat menantu..!!!
Untuk pengetahuan korang yg dah tahu…Nabi saw tak pernah komplen makanan tau!!, kalau Nabi tak suka Nabi just senyap, tapi org jahat bila makanan tu tak best mula di makinya..Dia tak sedar yg sediakan rezeki dia adalah Allah…!!!
Jahat dua:

Membazir.
Tak kira lah member ke, ahli keluarga ke, aweks ke kalau membazir memang org jahat sebab bersaudara dengan setan!!!
Nabi dan bagi warning awal2: sesiapa yg membazir adalah saudara setan!!! Dah sedara ngan setan tentulah jahat sebab setan jahat…membazir ni tak kiralah bil letrik ke, beli benda yg tak berfaedah ke, ambil makanan banyak dan tak habis pulak tu makan..SMS ke, beli VCD ke..ni adalah saudara setan..bukan aku yg kata!!!!
Apek kata: Jangan anda meminum arak - Arak itu setan yang punya - Kalau anda minum - Nanti setan! - Setan nak minum! - Setan nak minum air apa?

Jahat tiga
Ambil barang tak mintak izin..
Korang yg duduk rumah sewa ke, asrama ke,korang pernah tak hilang, errr maksud aku harta kepunyaan korang tiba2 berkurang macam minyak rambut/ubat gigi/sampoo/putik kapas/rokok/bla bla bla
ada toyol ke?..
Lalu apa korang buat, biasa doa melaknat dan sumpah seranah merata-rata!!..
“cis, bangsat, keparat, aku baru up date ubat gigi aku dah jadi separuh..!!! %$@!!!
Nasib, tuhan tak buat mulut korang 'masin'..kalau tak habis member2 korang jadi batu atau burung…oh..
Ni pun Nabi pesaaaaaaaan, : [Jangan ambil barang tanpa izin]..walaupun barang tu jenis tak luak, seperti selipar, seluar dalam, bra, berus gigi,dll …sebab dalam sesetengah keadaan kes ini boleh di ibaratkan macam mencuri…melukakan hati…buat org menyampah kat korang!!!
Kalau nak pinjam…mintak izin…itu yg jadi macam kes pecah amanah, mula 2 nak pinjam duit syarikat tapi tak bagitahu..lepas tu datang org audit..gelabah, maka mula buat kerja2 jahat, seperti bercakap bohong, lama2 mencuri..!!
Apek cakap: Berbohong dalam dunia - Dicatit setiap kata - Ditimbang semua pahala dan dosa - Bukan dikira berapa banyak lembu dan kuda…
Apek nak bersyair lagi: : Derhaka pada orang tua - Kononnya sudah dewasa - Merompak di sani-sina - Hai! Sungguh buasnya - Akhirnya dia…ditembakPolis Diraja Malaysia…
Arghhh sebenarnya banyak lagi…korang boleh cari sendiri, boleh rujuk balai polis berdekatan…sebenarnya ciri2 kat atas tu ada dalam diri kita tanpa di sedari..komplen makanan, bersaudara ngan setan, mencuri macam Toyol bla bla bla..tapi ada pulak org jahat yg nak cover dia punya jahat maka dia akan kata..
"SEJAHAT-JAHAT MANUSIA SEBAIK-BAIK JIN!!!"
HE HE HE HE (ketawa macam puntianak mariam) Jin pulak menjadi mangsa percaturan...
Aku mewakili pihak JIN.
ingin menegur korang para pembaca atau senang cerita semua manusia, bahawa jangan guna istilah:

"SEJAHAT-JAHAT MANUSIA SEBAIK-BAIK JIN!!!"
aku rasuk tubuh korang karang, baru korang tahu langit tinggi rendah (walaupun aku tak tahu jarak langit dan bumi..he he)
Sebab sejahat jahat jin tak ada pulak nak mengaku TUHAN!!!
manusia lagi jahat...cuba tanya Firaun laknatullah..!!
jadi kesimpulanya, dah tentu ada jin yg lebih baik dari manusia..aku nak nasihat manusia manusiawi semua, supaya lain kali guna:
"SEKASAR-KASAR MANUSIA, SELEMBUT LEMBUT JIN.."
sebab kami memang kasar, kami tak pandai bergurau, silap sikit terus santau, ha ha ha!
Hee Heee Heee (puntianak meriam menganas semula!!!)
moral: manusia mati menjadi mayat..jin mati menjadi asap!!!
Ps: teringat cerita Abu Lahab yg mana mayatnya tidak diterima bumi..kerana beliau adalah org jahat!!!..oh…!!!

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP